Thursday 23 May 2013

Salam Perkenalan

Salam buat semua peminat ayam serama.

Walau di mana jua anda berada dan sejauh mana jarak antara kita, hubungan sebagai peminat tetap akan terjalin.

Terima kasih kepada kalian yang sudi melayari Blog Ayam Serama. Saya rasa kalian tidak akan rugi sekiranya terus berinterksi dengan saya. Blog ini baru saya wujudkan demi memenuhi permintaan rakan-rakan peminat.

Setelah hampir 6 bulan melibatkan diri dengan hobi memelihara ayam serama, saya rasa amat seronok. Kalau tidak disebabkan sibuk dengan kerja, sudah pasti kesemua bon pertandingan akan saya kunjungi. selain dapat melihat kecantikan serama beraksi, saya juga dapat mengenali lebih ramai sahabat daripada pelbagai latar belakang sosial.

Pelbagai kisah suka dan duka kita alami, adakalanya ayam yang hebat tidak dapat beraksi dengan baik lantaran terpaksa melalui perjalanan yang jauh. Ada juga induk yang dibawa bertelur di dalam sangkar. Tidak kurang pula dengan kes-kes keurian ayam di bon pertandingan. Itulah antara asam garam yang perlu dilalui oleh peminat ayam serama.

Sekian. Jumpa Lagi 

No comments:

Post a Comment