Friday, 24 May 2013

Pembaka kedua dari reban Serama Jenan. Jenan Warrior dipasangkan dengan dua induk dikenali Jenan Puteri dan Jenan Juara. Usia muda kuat bekerja. Banyak anak yang telah dihasilkan namun masih belum ada mengikut corak si rinting bapa. Kawan-kawan menanti dengan sabar untuk memiliki anaknya yang rinting. Usahkan kawan, tuannya pun tak dapat lagi. Semua mengikut rupa si ibu. Saya tak janji tapi kalau ada saya beri. JW agak bergaya, namun pandangan pengadil masih belum melayakkan ia menjadi juara. Tak jadi juarapun tak apalah asalkan suatu hari nanti anak-anaknya berupaya menggegar dunia serama.


No comments:

Post a Comment