Wednesday 29 May 2013

KAU MENJELMA JUA AKHIRNYA

ALHAMDULILLAH. Akhirnya setelah genap 19 hari diletakkan di dalam inkubator penetasan, telur Puteri Dewa dengan Yellow Chayyene selamat menetas ( 7.30 am / 28 Mei 2013 ). Inilah anak sulung mereka. Mungkinkah akan menjadi putera yang perkasa atau puteri yang bergaya. Cuma masa yang akan menentukan. SJ amat bersyukur kerana berjaya juga akhirnya PASANGAN JUARA ini menghasilkan zuriat pertama. Dengan harapan akan lahir lebih banyak lagi untuk penyambung generasi masa hadapan.


No comments:

Post a Comment