Friday 24 May 2013

BAKAL PEMBAKA KETIGA

Sekiranya ada jodoh, Yellow Chayyene akan dipasangkan dengan Puteri Dewa. Kedua-duanya mempunyai sejarah yang tersendiri. Yellow Chayyene telah berjaya mendapat gelaran naib johan (remaja) di Bon Penang manakala Puteri Dewa mendapat gelaran johan di Bon Kuala Nerang dan naib johan di Bon Taman Meru,Ipoh. Kedua-dua masih muda dan diyakini mampu mengeggar dengan lebih bergaya. Naluri Serama Jenan kuat merasakan kedua-dua mampu menghasilkan anak yang berkualiti sekiranya diberi kesempatan untuk melayari bahtera kehidupan bersama. Buat masa ini kedua-duanya sedang bercuti kerana tiada bon yang dibuka. Namun Puteri Dewa kini sedang bertelur.......... Mungkinkah itu anak Yellow Chayyene? DNA akan menentukan. He..he...  
                               

No comments:

Post a Comment